Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Thursday, November 24, 2011

Pertahankan Dan Selamatkan Hak Kita Rakyat Di Hulu Rajang

Walaupun Hulu Rajang antara penyumbang utama hasil sumber alam, akan tetapi tidak nampak apa pulangan yang sepadan kepada rakyat di kawasan ini.

Jaringan jalan raya bertar belum ada yang menghubungi bandar utama di Hulu Rajang dengan bandar-bandar lain berhampiran di Sarawak.

Bandar Kapit digelar bandar "pulau" kerana hanya boleh dihubungi jalan air. itupun pemberian dan ciptaan Tuhan.
Pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sejak membentuk Malaysia 1963 untuk menghubungi Kapit dengan dunia luar sebenarnya tidak ada atau "kusung" atau ziro!

Tetapi sudah banyak kekayaan dipunggah dari kawasan ini. Balak, arang batu, sumber lain dari hutan dan sungai,serta eksploitasi sungai dan tanah yang semakin meluas oleh pihak kaya raya bersama beberapa kerat pemimpin tidak menjamin sumbangan beerti untuk rakyat Hulu Rajang.

Tanah di kawasan ini adalah terluas tanahnya di Malaysia. Kalau dibina jalan raya bertar bagi menghubungi seluruh kawasan ini, rakyat Hulu Rajang sebenarnya akan menjadi rakyat terkaya dari segi pemilikan tanah. Tetapi kerajaan selama ini lebih 48 tahun SENGAJA tidak mahu membina jalanraya untuk penduduk di sini kerana sengaja membiarkan rakyat Hulu Rajang terus MISKIN dan memaksa mereka mencari peluang pekerjaan di luar kawasan. Peluang pekerjaan yang kononnya dibawa bersama pembangunan seperti Hidro Bakun dikuasai pula oleh pekerja-pekerja dari luar kawasan.

Pembangunan-pembangunan yang dirancang untuk dibawa ke kawasan ini adalah untuk MENGHAPUSKAN kekayaan rakyat asal Hulu Rajang. Contoh: di Belaga Hulu Bakun, kerna "pembangunan" Empangan Bakun tanah rakyat di Hulu Bakun SUDAH TERHAPUS. Kini Kerajaan BN beralih ke satu lagi kawasan di Hulu Rajang untuk membina empangan Baleh. Inipun "pembangunan" untuk menghapuskan HAK RAKYAT Hulu Rajang di kawasan Hulu Rajang juga.

Nah, inilah antara "muslihat" pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan BN di kawasan Hulu Rajang. Semuanya untuk memastikan kekayaan rakyat dirampas dan dihapuskan.

Syarikat-syarikat perladangan pula diberi keutamaan untuk diberi geran tanah atau geran sementara. Kononnya syarikat membawa pembangunan kepada rakyat. Bukan pembangunan tetapi ALAT Kerajaan BN merampas dan MENGHAPUSKAN kekayaan rakyat Hulu Rajang.

Kita rakyat tetap berpendirian bahawa hanya adanya JARINGAN Jalan Raya yang baik dan bertar sahaja rakyat Hulu Rajang boleh melonjakkan ekonomi mereka.

Maka itulah rancangan pembangunan kita harus bawa kepada rakyat Hulu Rajang. Bukan dibolot oleh beberapa kerat pemimpin yang sebenarnya MENGHIANATI harapan rakyat Hulu Rajang selama ini.

Marilah kita kita MENGUBAH nasib kita menjadi lebih baik dengan mengundi PERUBAHAN yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment